Bilakah kali terakhir anda menonton filem aksi yang menampilkan semua pelakon wanita sebagai pelakon utamanya? Barangkali Pitch Perfect ataupun Charlie’s Angel? Kali ini, ingin kami sarankan pada anda untuk pergi ke pawagam berhampiran dan menonton filem terbaru ini, Ocean 8.

Aksi 8 Pelakon Wanita Yang Tidak Disangka

Bukan sahaja menunjukkan pelbagai aksi dan helah yang tidak disangka, malah disebalik perwatakan mereka yang sememangnya sudah sebati pada peminat mengubah sedikit persepsi anda tatkala menonton filem ini.

Perkenalkan Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, dan Helena Bonham Carter. Sebelum ini kesemua mereka terikat dengan bayangan karier mahupun watak terdahulu. Sebagai contoh Anne menerusi Princess Diary, Helena sebagai watak Big Head Queen dan Rihanna sendiri sebagai penyanyi. Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila kesemua mereka berjaya melakonkan setiap watak sebagai kumpulan penjahat dengan begitu baik.

Ramai Selebriti Terkenal Sebagai Cameo

Bukan sahaja menampilkan 8 selebrti ini sebagai pelakon utamnya. Malah di dalam Ocean 8 juga bakal kelihatan lebih dari 20 selebriti terkenal sebagai Cameo. Antaranya adalah The Kardashians, Serena Williams, Katie Holmes, Gigi Hadid, Anna Wintour dan ramai lagi! Jika sebelum ini anda sudah menonton Ocean Thirteen yang menampilkan ramai pelakon lelaki sebagai teraju utamnya, yang pasti Ocean 8 memberi satu kelainan memperlihatkan ‘girls power!’

Sinopsis Ocean 8

Selama 5 tahun, 8 bulan dan 12 hari Debbie Ocean mengira detik untuk melancarkan operasinya terbesarnya selepas keluar daripada penjara.

Untuk memastikan operasinya itu berjalan lancar, Debbie dan rakan subahatnya, Lou Miller telah memilih beberapa orang pakar yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti pakar barang kemas, penggodam komputer, juru fesyen, pencuri, model serta ibu yang berkemahiran tinggi. Operasi mereka kali ini adalah tertumpu pada misi untuk mencuri sekalung rantai bertatahkan berlian yang bernilai lebih dari $150 juta.

REVIEW OVERVIEW
Mesti Tonton
Artikel SebelumnyaBadan Penuh Tatu Bukan Penghalang Miller Khan Mengaji Al-quran
Artikel SeterusnyaTahniah! Achey Bakal Beraya Bersama ‘Orang Baru’ Tahun Ini
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress