Badan penuh tatu itu bukan menjamin perilaku yang negatif terhadap seseorang. Walaupun dia memilih melukis tatu di beberapa bahagian tubuhnya, namun pelakon Miller Khan ternyata mampu mengeja huruf demi huruf di dalam Al-quran.

Menurut laporan dari Bintang.com, ketika dia diminta untuk mengaji, dia memilih Ayat Kursi. Sebagai Umat Islam, ayat yang terdapat pada surat Al Baqarah sudah menjadi hafalan. Demikian juga dengan Miller yang sudah hafal dengan ayat tersebut sejak kecil.

“Saya sering mengamalkan surah ini, sebelum tidur dibaca. Jadi pelindung diri, ayatnya kuat.” ujar Miller.

Mengaji Jadi Cabaran Besar Dalam Filem

Miller kini sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Assalamualaikum Calon Imam (ACI).  Filem yang diproduksi oleh Prized Productions dan Vinski Production itu diadaptasi dari novel laris berjudul Ima Madaniah.

Di filem ACI, Miller memegang watak yang berbeza dan pertama kali dia memegang watak sebagai seorang Ustaz . Miller diharuskan untuk mengaji dengan lancar dan merdu dalam beberapa adegan.

“Itu suatu cabaran terbesar. Di mana saya diharuskan untuk mengaji Al-Quran. Saya juga tak boleh salah tajwidnya, semuanya harus betul dan harus kedengaran merdu dan indah ” katanya.

Walaupun agak sukar, Miller bersyukur karana ramai pelakon yang membantunya di lokasi penggambaran antaranya Andi Arsyil dan Natasha Rizky. Dalam filem tersebut, dia diminta untuk membaca surat Ar-Rahman. Miller membacanya dengan sepenuh hati.

Sumber Viva Entertainment

0
like
1
love
1
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleWow! Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Hangat Bercinta?
Next article[REVIEW] Filem Ocean 8 Tampilkan Aksi 8 Pelakon Wanita Terhebat
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.