Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat selepas berkahwin bukan? Begitu juga buat pelawak Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya yang sudah 8 tahun berkahwin namun sehingga kini masih belum dikurniakan rezeki untuk memperoleh cahaya mata.

Ambil Anak Angkat

Namun begitu, tahun ini cukup bermakna buat pelawak ini dan isteri kerana mereka bakal beraya bersama ‘orang baru’ yang diambil mereka sebagai anak angkat sejak 22 Mei lalu. Menerusi Instagram nya, Achey berkongsi rasa gembira dan syukur yang tidak terhingga dengan kehadiran bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Assalamualaikum Bismillah… alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara…setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6… anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu… .. NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan… @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm … di HKL….selama hampir sebulan kami berada di kg… terutama @anne_achey… ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? … jawapannya menjaga tiara dalam pantang😍😍😍😍😍….. tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat… yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..😭😭…kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial … semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya….RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!.. … .. Jangan lupa follow @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Mahu Peminat Doaakn Kesejahteraan Mereka Sekeluarga

Tambah Achey, dia turut memohon peminat-peminat agar terus mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan anak mereka menjadi menjadi anak yang solehah.

BACA  [VIDEO] Achey Bawa Patung Besar Naik Motor Buat Netizen Terharu

Tahniah buat Achey sekeluarga! Yang pasti raya tahun ini cukup bermakna dengan kehadiran si kecil ini!

like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous article[REVIEW] Filem Ocean 8 Tampilkan Aksi 8 Pelakon Wanita Terhebat
Next articleRita Rudaini Beri Nasihat Buat Elly Mazlein! Apa Kes?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress