Drama Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi selepas bersiaran selama 18 episod bermula 14 Mei lalu. Drama yang mencetuskan fenomena ini sehingga episod 12 yang lalu telah mencatat sebanyak 9 juta tontonan.

Cik Mona Dedah Sikap Sebenar Shahrulezad

Boleh dikatakan ramai yang beremosi apabila menonton drama ini. Drama terbitan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Laila Nasir, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Kalau ditanya kami, apakah kekuatan drama ini, jawapannya adalah pada penghayatan watak pelakon-pelakonnya. Jika tidak Noorkhiriah dan Laila tidak akan dikecam di media sosial kerana watak yang dipegang mereka kelihatan seperti sebenar.

BACA  Pelakon Drama 'Nur' Cedera Akibat Kemalangan Jalan Raya

Ini turut diperakui oleh Laila sendiri yang memegang watak Cik Mona, ibu kepada Nur (Amyra Rosli) apabila dia mendedahkan di Instagramnya Shahrulezad sanggup ‘turun’ berlakon bagi menerangkan dengan lebih jelas setiap watak yang dipegang oleh para pelakon.

Drama Nur Bakal Disambung?

Dalam perkembangan lain, berita yang dikongsi oleh Harian Metro memberitahu mengenai keberangkalian drama Nur bakal disambung. Malah pengarah itu sendiri mengaku mendapat tawaran untuk menghasilkan Nur 2 daripada TV3. Shahrulezad walau bagaimanapun tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan sambungan drama itu kerana niatnya sebelum ini adalah mahu berkongsi cerita mengenai Allah dan kebaikan agama.

Artikel Sebelumnya“Okay I Surrender” – Datuk Acis Dimasukkan Ke Hospital!
Artikel Seterusnya5 Fakta Menarik Mengenai Lagu Hari Raya Aidilfitri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress