Kontroversi hangat yang menyelubungi Syafiq Kyle sebelum ini sebenarnya memberi impak yang besar dalam karier seninya. Menjelang hari raya ini, Syafiq akui bahawa kontroversi itu tidak menjejaskan kemeriahan hari raya kali ini.

Menurut temubual Syafiq bersama Utusan Online, dia sangat teruja dapat bersama keluarga dan bercuti selama sebulan bagi menyambut lebaran.

Syafiq berkata Syawal ialah bulan yang paling sesuai baginya menghabiskan masa dan tenaga untuk keluarga. Menerusi Instagramnya, Syafiq terlihat beraya di Negeri Sembilan.

“Saya tiada masalah tentang raya kerana tidak ada kena-mengena langsung dengan perkara yang berlaku kepada diri saya. Tahun ini saya akan beraya seperti biasa dengan keluarga di kampung.

“Sambutan raya kami sekeluarga juga tidak ada yang berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini. Untuk diri sendiri, saya hanya membuat persiapan baju sahaja.

“Selebihnya, saya beri tumpuan kepada persediaan untuk keluarga,” kongsinya yang kini tampil dengan koleksi baju Melayu Kylez.RTW.

Selepas terhentinya musibbah yang berlaku, Syafiq mengakui, kontroversi panas yang dilaluinya itu memberi seribu satu pengajaran kepadanya. Namun di sebalik kemelut tersebut, yang dipelajarinya ialah kehidupannya semakin tenang.

Sumber Utusan Online