Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi pengalamannya berhari raya dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melalui akaun Instagram, Siti memuat naik gambarnya memegang anaknya, Siti Aafiyah Khalid sambil diperhatikan Dr Mahathir.

“Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti hari ini.

“Terima kasih Ayahanda Tun dan Bonda Tun Siti sudi menerima dan meluangkan masa.  We love you Tun,” tulis Siti Melalui Instagram.

Ini merupakan raya pertama Tuk Ti sebagai ibu dan pastinya Syawal ini lebih berseri dengan kehadiran Aafiyah. Turut kelihatan isteri perdana menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali; suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anak-anaknya; serta pelakon Izara Aishah, yang merupakan isteri Adib.