Aidilfitri kali ini amat bermakna buat Laudya Cynthia Bella, ini merupakan Aidilfitri yang pertama bersama suami yang tersayang, Engku Emran. Mereka berdua tidak menyambut Aidilfitri di Malaysia, tetapi di tempat kelahiran Laudya iaitu di Bandung, Indonesia.

Laudya memuat naik beberapa gambar bersama keluarga Laudya serta Engku Emran di Instagram. Bukan sahaja menjemput suaminya ke Bandung, Laudya a juga menjemput anak tirinya Engku Aleesya.

Dalam beberapa muat naik, Laudya membuat kolaj foto yang menunjukkan beliau menghabiskan bulan Ramadhan bersama suami serta keluarganya yang tersayang.

Hangat.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Laudya sekeluarga di Bandung. Semoga Aidilfitri kali ini memberi lebih makna buat Laundya sekeluarga dan cepat-cepat timang cahaya mata, in shaa Allah, aamiin.

BACA  Romantis! Gambar Cium Mulut Engku Emran Dan Bella Curi Tumpuan
Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Pengalaman Siti Aafiyah Sekeluarga Beraya Bersama Tun M
Artikel SeterusnyaKomen Sarkastik Syamel Kepada ‘Old Money Collector’ Memang ‘Win’
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"