Selepas tersebarnya sebuah gambar menunjukkan Izara Aishah bergambar sambil berpeluk mesra dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon itu tampil membuat penjelasan dan memohon maaf.

Izara menerusi satu posting di akaun Instagramnya semalam memberitahu gambar itu di ambil ketika dia berkunjung ke kediaman Tun Mahathir sempena menyambut hari raya. Izara berkata, dia juga seperti orang lain yang menghormati perdana menteri Malaysia yang ke-7 itu, namun tak menjangka gambar mesra dia bersama Tun Mahathir undang komen negatif dari orang ramai.

“Saya menyesal terhadap apa yang berlaku terhadap gambar saya itu, dan kepada YAB Tun Mahathir dan keluarga, saya memohon maaf atas kesilapan ini jika ia mengguris hati mereka. Maaf zahir dan batin”

Umum ketahui bahawa suami Izara Aishah adalah Adib Khalid yang juga anak kepada Datuk K atau nama sebenarnya Dato Sri Khalid bin Mohamad Jiwa.  Umumnya ketahui juga bahawa baru-baru ini keluarga Datuk K dan Dato Seri Siti Nurhaliza sekeluarga telah menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad.