Filem Arahan Nam Ron Bakal Diangkat Di New York

443

Filem arahan Nam Ron, ‘Crossroads: One Two Jaga’ yang mewakili Malaysia di 17th New York Asian Film Festival 2018 (NYAFF) terus menerima khabar gembira apabila diumumkan penganjur iaitu The Film Society of Lincoln Center and Subway Cinema sebagai salah satu daripada 7 buah filem yang bersaing bagi Filem Cereka Terbaik bagi Tiger Uncaged Award (Main Competition/Best Feature Film) bersama-sama filem Shiraishi Kazuya’s Blood of Wolves (Japan), Naito Eisuke’s Liverleaf (Japan), Dong Yue’s The Looming Storm (China), Sunny Chan’s Men on the Dragon (Hong Kong), Jeon Go-woon’s Microhabitat (South Korea) dan Treb Monteras’s Respeto (Philippines).

NYAFF yang akan berlangsung di dua lokasi iaitu Film Society of Lincoln Center dan SVA Theatre pada 29 Jun-15 Julai 2018 adalah festival filem berprestij yang mendukung pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan filem-filem kontemporari dan klasik dari negara-negara Asia terpilih.

Flem ‘One Two Jaga’ terbitan Pixel Play Entertainment (Bront Palarae & Rozi Izma) dan Jazzy Pictures yang kini menjelajah 21st Shanghai International Film Festival (SIFF) di China yang berlangsung dari 16-25 Jun 2018 di dalam komponen program ‘The Belt and The Road Week terdahulunya telah dipilih sebagai filem pembukaan di 20th Udine Far East Film Festival, Itali pada 20 April 2018 yang lalu selain bertanding bersama-sama penyertaan negara lain dari seluruh dunia (In Competition).

Dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail dan ramai lagi, filem ini meneroka sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat.

Sumber Filmlinc Via Hlive Instagram