Kasihan pula kami melihat Izzue Islam di mana hari rayanya bertukar menjadi suram apabila ‘dihantui’ peminat daripada negara seberang yang menuduhnya sebagai seorang penipu.

Tuntut Wang Dari Izzue

Perkara itu didedahkan Izzue sendiri di Instagramnya apabila dia mendakwa menerima beberapa aduan daripada peminat yang menuntut dia memulangkan wang mereka setelah membeli telekung keluarannya. Malah lebih parah, mereka yang membelinya sehingga kini tidak menerima tempahan yang dibuat walaupun pembayaran sudah pun dibuat.

Izzue Mengamuk!

Menyedari akan tuduhan tersebut, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia tidak pernah menjual telekung seperti didakwa malah turut memohon peminat-peminantnya terlebih dahulu menyiasat akaunnya yang sebenar sebelum membuat sebarang transaksi.

BACA  Rozita Che Wan Jawab Persoalan Berhijab Hanya Untuk Fesyen?

Jelas Izzue, sambutan hari rayanya terganggu dengan dakawaan tersebut setelah mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan wajahnya untuk kepentingan tertentu. Pesan kami, untuk ketahui sama ada akaun itu palsu atau tidak, pastikan ianya mempunyai tanda biru (blue tick) di akaunnya. Jika tidak, anda pasti berisiko mengalami peristiwa seumpama ini.