Jika bercakap mengenai figura ini, kebajikan yang dilakukannya tidak ubah seperti seorang ahli parlimen. Namun itulah sifat peribadi Datuk Aznil Hj Nawawi yang kita kenali. Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil juga telah menubuhkan Yayasan Pesona di mana tujuan utama nya adalah membuat kerja-kerja amal bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Pak Nil Beri Sumbangan Duit Raya

Terbaru, sempena Aidilfitri ini Pak Nil telah memberi sumbangan duit raya kepada orang ramai termasuklah buat beberapa orang pekerja di sebuah cafe yang terkenal.

Bagi ikon ini, meskipun nilainya itu bukanlah menjadi ukuran, namun senyuman mereka yang menerimanya jauh lebih bermakna.

BACA  [VIDEO] Ariana Grande Teruja Dapat Berduet Dengan NSYNC

Netizen Puji Sikap Pak Nil

Melihatkan beberapa video sumbangan Pak Nil yang dimuatnaik di Instagramnya, rata-rata peminat begitu terharu malah mereka juga memuji keprithatinan Pak Nil tanpa mengira bangsa dan status. Tidak ramai artis seperti Pak Nil bukan? Diam bukanlah bermakna terus menghilang sebaliknya membuat sesuatu yang begitu bermakna buat mereka yang lain. Tahniah Pak Nil!