Benarlah kata orang, Ramadan dan Aidifitri adalah sebaik-baik bulan dan ramai yang mengambil kesempatan dalam bulan yang baik ini untuk saling bermaafan dan lupakan sengketa lama. Jika dahulu, Nora Danish dan Fasha Sandha telah melupakan ‘kisah lama’ mereka kali ini giliran penyanyi Elly Mazlein pula melakukan perkara yang sama.

Akhirnya Bekas Suami Menjenguk Anak

Rata-rata sudah mengetahui bahawa sejak beberapa bulan yang lalu, Elly gemar memuat naik status sindiran di Instagram nya di mana dia telah memerli Azmi Hatta kerana tidak membayar nafkah anak mereka. Namun begitu, baru-baru ini, Azmi yang juga bekas suami Elly bersama-sama isterinya, Faye Kusairi akhirnya telah menjenguk anak Elly dan Azmi hasil perkahwinan mereka terdahulu.

Azmi Menangis

Dalam perkembangan lain seperti yang dilaporkan Berita Harian pula, Elly akui Azmi menitiskan air mata kerinduaan saat bertentangan mata dengan anak mereka. Malah Azmi turut datang membawa baju raya untuk anaknya itu.

“Syukur alhamdulillah, Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat saya. Ini kerana Azmi sudi datang melawat anak kami. Ini yang saya tunggu-tunggu selama ini demi melihat kebahagiaan Sefhia dan hendak dia kenal siapa bapanya.

Selama ini, orang anggap saya ‘meroyan’ dan tak boleh ‘move on’ (teruskan hidup) selepas berpisah dengan Azmi. Saya tak kisah apa orang anggap saya, sebab kebahagiaan ini yang saya mahukan demi anak.

Alhamdulillah, Azmi tadi datang bawa baju raya untuk Sefhia dan saya lihat anak kami pun gembira. Saya cuma berharap ikatan antara mereka terus kekal”

Elly berharap agar bekas suaminya itu tidak lagi culas menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa terutama sekali berkaitan hal nafkah anak. Baguslah jika begitu kerana air yang dicincang tidak akan putus. Semoga hubungan baik ini berkekalan sehingga ke akhir hayat hendakNya.