Nampaknya gelaran sebagai pembocor rahsia Marvel masih dipegang oleh Tom Holland. Setelah Avengers: Infinity War, kali ini filem sekuel Spider-Man Homecoming yang jadi sasarannya.

IKLAN

Menurut laporan dari Variety, Isnin (25/6/2018), Tom Holland didakwa telah membocorkan judul sekuel Spider-Man dalam sebuah video singkat di Instagram miliknya.

Video ini, dirakam di belakang panggung Comic Con di Seattle, Amerika Syarikat. Pada awal video, Tom Holland meminta maaf kerana belum ada informasi besar terbaru tentang sekuel Spider-Man yang boleh dia maklumkan.

“Saya ingin minta maaf kerana tak ada khabar besar yang diungkap minggu ini. Saya juga tak tahu banyak tentang itu,” kata Tom Holland.

Korban Thanos

Tom Holland juga mengaku bingung seperti apa sekuel Spider-Man ini nantinya. Pasalnya, Spider-Man adalah salah satu watak yang jadi korban ‘jentikan jari maut’ Thanos.

“Saya juga bingung sebab saya mati, jadi saya tak tahu akan jadi nanti.”

Kantoi Nama Filem

View this post on Instagram

Sorry for no announcements, but I love you guys ♥️

A post shared by ✌️ (@tomholland2013) on

Aktor 22 tahun ini kemudian menyampaikan bahawa dia sudah mendapat skrip film baru ini.

“Tapi saya dapat skrip baru, saya sangat bersemangat membacanya. Ini akan jadi lebih hebat.”

Tom Holland lantas menunjukkan layar tabletnya. Di sana, tertulis judul skrip “Far From Home”.

BACA  [VIDEO] Neelofa Sedih Tidak Dapat Bersama Datuk Yang Sedang Sakit

Mungkin hal ini disengaja atau tidak, yang jelas ramai yang percaya filem terbaru Manusia Labah-Labah itu akan bertajuk Spider-Man: Away From Home. Kantoi Sudah!

Dikeluarkan pada 5 Julai 2019

Sekuel Spider-Man ini, akan dirilis pada 5 Julai 2019 akan datang, atau dua bulan setelah sekuel Avengers: Infinity War dirilis.

Sumber Variety