Belgiium boleh dikatakan menjadi salah satu pasukan yang sangat produktif untuk Piala Dunia kali ini. Pada dua pertandingan yang sudah mereka mendahului, pasuka berjuluk Setan Merah ini telah menjaringkan keseluruahan lapan gol.

Belgium melayakkan diri ke pusingan kalah mati di Piala Dunia kali ini selepas kemenangan ke atas Tunisia di Stadium Spartak di Moscow dan meninggalkan harapan negara Utara Afrika itu hujung tanduk.

Tak dapat dinafikan, Belgium menjadi salah satu pasukan yang patut disegani. Lihat saja deretan pemainnya. Semuanya berlabel pemain bintang. Thibaut Courtois, Jan Vertonghen, Kevin de Bruyne, Eden Hazard dan Romelu Lukaku, semuanya pemain handal dari kelab masing-masing di Liga Inggeris.

Surat khabar yang terbit pada tahun 2002

Tak ramai yang tahu, ternyata kejayaan pasukan Belgia memiliki pemain-pemain bintang seperti sekarang ini telah diramalkan 16 tahun lalu oleh sebuah artikel tempatan. Pada surat khabar yang terbit pada tahun 2002 tersebut, mereka membicarakan para pemain muda berpotensi yang akan membawa kejayaan pada pasukan kebangsaannya.

Ajaibnya, 80% dari nama pemain muda yang dituliskan pada artikel tersebut saat ini menjadi pemain atasan Belgium di Piala Dunia 2018. Nama pemain yang diramalkan artikel tersebut antara lain Romelu Lukaku, Dries Mertens, Eden Hazard, Axel Witsel dan Kevin de Bruyne.

Dries Mertens, Eden Hazard, Axel Witsel dan Kevin de Bruyne.

Sementara yang lain-lain merupakan pemain yang memiliki kualiti setara dengan pemain utamanya. Sebut saja Vincent Kompany, Simon Mignolet dan Moussa Dembele semuanya hebat-hebat.

Sumber Twitter