Hari ini genap sudah 9 tahun pemergian Raja Pop dunia, Michael Jackson yang meninggal dunia pada 2009 dipercayai kerana Cardiac Arrest.

9 Rahsia Besar Michael Jackson

Pada hari ini juga, peminat-peminat seluruh dunia turut mengenang kembali akan pemergiannya. Dengan itu, Hangat.com bawakan 9 rahsia besar mengenai lagenda ini yang kami pasti ramai daripada anda yang tidak mengetahuinya.

9Artis Yang Berpendapatan Tinggi Di Dunia

Meskipun sudah meninggal dunia, Michael Jackson adalah artis yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia yang turut mengalahkan legenda Rock and Roll Elvis Presley dan penulis lagu The Beatles John Lennon. Pengiktirafan tersebut turut tersenarai di dalam Guinness Book Of World Records. Sebagai fakta,tahun pertama sejak pemergiannya Michael Jackson pendapatannya terkumpul sebanyak US$ 1 Milion.

8Lebih Dari 20 Pengiktirafan Dunia

Benar, sehingga kini dia merupakan pemegang 23 Guinness World Records, 40 Billboard Awards, 13 Grammy, dan 26 American Music Awards. Hebat!

7Beli Dan Jual Lagu

Sesuatu yang tidak pernah difikirkan dimana pada tahun 1985 MJ membeli hak cipta 250 lagu Beatles yang belum dirakam dan telah ditulis oleh John Lennon dan Paul McCartney dengan harga US$47 juta.

10 tahun kemudian MJ menjual sebahagian daripada lagu-lagu tersebut pada Sony dengan harga US$95 juta, yang membuatkan Sony berkolaborasi dengan syarikat ATV.

6Mempunyai Hubungan Dengan Keluarga Elvis Presley

MJ pernah bernikah dengan anak perempuan Elvis Presley, Lisa Marie Presley pada tahun 1994. Namun begitu perkahwinan mereka hanya bertahan selama 19 bulan. Pada tahun 1996, MJ telah berkahwin dengan Deborah Jeanne Rowe dan memiliki 2 cahaya mata, Michael Joseph Jackson Junior dan Paris Michael Katherine Jackson.

Perkahwinan ini juga gagal bertahan sebelum kedua-duanya berpisah pada tahun 1999. Bagaimana pula dengan anak ketiga MJ, Blanket (Prince Michael Jackson II)? Blanket dilahirkan menerusi rawatan ibu tumpang dan sehingga ke hari ini identiti wanita itu menjadi rahsia.

5Kematian Michael Jackson Jadi Perhatian Dunia

Beberapa minit setelah tularnya berita kematian Michael Jackson, MTV yang ketika itu sedang menyiarkan program secara langsung mmengubah siarannya dengan menyiarkan lagu-lagu Michael Jackson, perjalanan hidup serta sejarah penglibatannya.

4Iklan Pepsi Hampir Meragut Nyawa MJ

Setelah menandatangani kontrak berjumlah $5 juta dengan Pepsi-Cola, malang tidak berbau dia ditimpa kemalangan ketika sedang menjayakan iklan syarikat itu. MJ dilaporkan mengalami cedera parah yang menyebabkan rambut dan mukanya terbakar pada peringkat ketiga.

Selepas kejadian itu, Pepsi telah membayar MJ $1.5 juta sebagai ganti rugi namun MJ mengambil keputusan untuk mendermakan wang tersebut pada Brotman Medical Centre, tempat dimana dia menjalani rawatan ketika itu.

3Mahu Jadi Spiderman

Percaya atau tidak pada 2009 dunia bakal melihat MJ menjadi Spiderman! Segalanya bermula apabila penyanyi ini menyuarakan hasrat untuk membeli Marvel Comics selepas minatnya yang mendalam pada watak itu. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila dia meninggal dunia pada tahun itu.

2Sambutan Hari Lahir Diraikan Di Amerika Syarikat

Kebanyakan kelab di seluruh Amerika Serikat, Washington DC, Los Angeles, hingga New York City akan mengadakan pesta sambutan hari lahir Micheal Jackson pada setiap tahun. Malah, produsernya DJ Spinna juga akan turut serta meraikan pesta ini!

1Putih Bukan Kerana Pembedahan! 

Ramai yang mendakwa perubahan warna kulit MJ dari gelap ke putih adalah disebabkan pembedahan. Namun begitu, penyanyi ini menolak dakwaan tersebut kerana menurutnya dia menjadi putih kerana menderita penyakit vitiligo. Akan tetapi hidung dan beberapa bahagian wajahnya sememangnya menjalani rawatan pembedahan