Jika ketika ini di fikiran anda beg berjenama Hermes dan Birkin adalah yang paling glamour dan mahal di dunia, kini anda boleh ketepikan tanggapan tersebut, kerana gelaran berkenaan sebenarnya milik jenama Bijan.

IKLAN

Beg Bijan Dimiliki Datin Seri Rosmah Mansor

Segalanya mula didedahkan semalam apabila ianya didedahkan oleh pihak Polis dalam sebuah sidang media khas berkaitan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bijan merupakan antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik. Sebagai fakta, beg Bijan merupakan antara salah satu beg berjenama mewah milik Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas pihak polis untuk siasatan lanjut.

BACA  [VIDEO] Dilahirkan Tanpa Mata, Persembahan Azzam Buat Penonton Menangis

‘Bijan’ Paling Mahal Di Dunia

Jika anda menyebut Bijan sebagai Bi-jan, bermakna anda salah kerana sebutannya yang sebenar adalah β€˜Bizaen’. Dan ianya juga tiada kaitan dengan biji bijan!

Jenama ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka, Bijan Pakzad yang meninggal dunia pada tahun 2011 dan hanya diperolehi menerusi temujanji khas sahaja.

Menurut pihak polis juga, beg jenama Bijan itu berharga RM1.6 juta dan ia adalah antara 567 beg tangan daripada 37 jenama yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Bijan Pilihan ‘1st Man’ Dan ‘1st Lady’ Kebanyakan Negara

Hangat.com juga tertarik dengan fakta dimana jenama Bijan merupakan pilihan bagi kebanyakan keluarga Perdana Menteri di seluruh dunia.

BACA  [VIDEO] Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu Buat Skuad Harimau Malaya

Selain menjadi pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Presiden Russia, Vladmir Putin,Β  Bijan juga merupakan perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula era Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama. Mengapa Rosmah sukakan Bijan? Cuba anda terbalikkan perkataan Bijan dan mungkin itu adalah salah satu sebabnya. Kebetulan bukan?