Baru-baru ini penyanyi Elly Mazlein telah mendedahkan bekas suaminya, Azmi Hatta telah hadir bersedirian sekitar satu jam untuk bertemu dan mengisi masa bersama anak mereka, Putri Sara Sefhia, dua tahun di rumahnya. Malah Elly atau dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom dikalangan peminatnya turut merumuskan segala konflik yang berlaku di antaranya bersama pengarah itu beransur pulih.

Wajah Anak Akhirnya Didedahkan

Sebelum ini, penyanyi itu telah merahsiakan wajak anaknya daripada tatapan peminat namun setelah dua tahun akhirnya Elly telah dedahkan wajah comel Sefhia di Instagramnya. Malah pendedahan itu dibuat sejak Azmi bersua dengan anaknya itu baru-baru ini.

Tidak Kisah Jika Disamakan Dengan Wajah Azmi

Sejak memuat naik gambar-gambar Sefhia di Instagram, rata-rata peminat memberitahu wajah Sefhia saling tidak tumpah seperti bapanya. Tidak melatah dengan komen tersebut, Elly turut memperakuinya dan sempat berseloroh dengan mengatakan dahi dan mulut anaknya itu mempunyai raut wajahnya. Semoga ikatan dan hubungan mereka anak-beranak kekal sehingga ke akhir hayat!