Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai isu barangan kemas bernilai RM440 juta dan RM116.7 wang tunai dirampas dari kediaman dikaitkan dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut laporan dari Malaysia Insight, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Amar Singh Ishar Singh berkata jumlah rampasan dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Hal ini turut dipandang serius oleh chef terkenal Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Chef Wan berpendapat jumlah hasil kekayaan perdana menteri itu sesuatu yang tak masuk akal.

“Ini bukan perkara main-main! Mengenai jumlah rampasan baru-baru ini pun kita tak boleh bayangkan,mungkin perlu dalam kehidupan mereka keuntungan material ini.
Sesiapa yang berpihak pada Najib, adakah masuk akal jika semua hadiah ini adalah dari Ketua Negara dari negara lain? Banyak mana pun dia boleh kumpul? Perdana Menteri kita buat lawatan ke luar negara berapa kali jer setahun? Tak kan jumpa Sultan Brunei atau pun Raja-raja Arab Saudi tu tiap-tiap bulan?

Tak Masuk Akal

Chef Wan berkata, sememangnya tidak masuk akal bagi gaji bulanan bagi seorang Perdana Menteri mampu menikmati gaya hidup semewah ini.

BACA  Tampan & Sado! 10 Gambar Lama Caitlyn Jenner Sebelum Jadi 'Mak Nyah'
Foto: BH Online

“Kalau lah dalam negara pun dah banyak itu, cuba bayangkan bagaimana pula nilai simpanan mereka di luar negara itu. Dengan jumlah barang kemas yang di rampas, bila lah masanya mereka nak mengunakan itu semua?” katanya

Rakyat Bayar GST Untuk Tanggung Hutang

Memang tak dapat dinafikan,  pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ini membebankan golongan pertengahan dan miskin. Bagi Chef Wan, tidak sepatutnya rakyat pula yang terpaksa membayar GST itu kerana nak menanggung hutang negara.

“Saya sering berfikir tentang negara kita ni bukanlah miskin dengan pelbagai sumber Alam yang boleh mendatangkan kemewahan dan keselesaan untuk rakyat sendiri. Tapi akhirnya kita telah lihat rakyat sendiri yang merompak negara. Ia sangat mengecewakan.” ujarnya lagi

Najib Ragui Nilai Hasil Rampasan

Dalam perkembangan lain, menerusi satu laporan dari Astro Awani, Najib meragui nilai sebenar yang diberikan oleh pihak polis terhadap kesemua barangan yang dirampas itu sehingga mencecah RM1.1 bilion.

BACA  Kes Dadah: Soffi Jikan Diarah Bela Diri

Namun pihak polis akan memberikan kebenaran kepada bekas perdana menteri itu untuk melihat sendiri barangan dirampas pihaknya di semua premis yang dikaitkan dengan beliau sekiranya ada permintaan.

Sumber Astro Awani IG Chef Wan