Jarang untuk kita lihat pelakon Remy Ishak menunjukkan amarahnya apatah lagi di media sosial. Menerusi Insta Stories, pelakon berbadan kekar ini telah memuat naik beberapa video pendek serta turut menyatakan baru sahaja pulang dari membuat laporan polis.

Diftnah Seorang Lelaki

Menerusi video tersebut, Remy menyatakan bahawa dirinya telah difitnah oleh seorang lelaki. Berdasarkan pengamatan kami, tindakan lelaki tersebut seperti telah memalukan Remy sehingga membuatkan dia terpaksa membuat laporan polis berkenaan kes itu.

“Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya ada buat lapiran polis, ada satu mamat ni dia kurang ajar dengan saya. Saya faham sekarang ni zaman dunia viral, dunia yang sangat cepat.

“Tapi jangan ambil kesempatan dan jangan anaiya kami,”

Remy Diugut?

Dalam kenyataan menerusi video yang sama juga, pelakon ini turut menasihati kepada mereka yang terlibat untuk tidak lagi melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti membuat video tular yang berbaur fitnah dan juga hasutan.

“Saya tahu zaman sekarang ni semua orang nak glamour. Kadang-kadang buat benda tak sepatutnya dengan mengaibkan orang. Buat video terutamanya bila berkenaan dengan selebriti sebab nak glamour..”

Walau bagaimanapun, Remy tidak mendedahkan secara jelas siapakah individu yang dimaksudkan itu.

Video: instagram Remy Ishak