Ketika dunia sedang sibuk memperkatakan mengenai kekalahan pasukan Portugal untuk mara ke pusingan separuh akhir, perhatian juga turut diberi pada perlawanan ‘kekalahan’ pasukan itu ketika menentang Uruguay pada Sabtu lalu yang menyaksikan Portugal hanya meraih 1-2

Cristiano Ronaldo Papah Cavani Keluar Padang

Ketika di bibit-bibit terakhir perlawanan, penyerang pasukan Uruguay, Edinson Cavani dilihat telah cedera sehingga menyebabkan dia gagal meneruskan perlawanan tersebut. Namun begitu, ketika dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kelihatan penyerang pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo membantu serta memapahnya keluar dari padang.

Aksi spontan mereka itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh stadium dimana tindakan itu begitu mengharukan serta jarang sekali untuk ditonton dalam suatu perlawanan berskala mega.

4 Pasukan Gergasi Tumbang!

Dalam perkembangan lain, bukan sahaja Portugal sahaja yang gagal ke pusingan seterusnya, malah mengikuti perjalanan pulang adalah 3 pasukan pilihan ramai iaitu Jerman, Argentina dan Spain.

Kekalahan 4 pasukan ini ternyata mengejutkan ramai peminat kerana kebanyakan daripada mereka menjangkakan salah satu daripada pasukan ini bakal menjuarai Piala Dunia 2018.

Gambar Marca 

Artikel Sebelumnya‘Dapat Tahi Yang Sama’- Sharnaaz Ahmad Kritik UMNO
Artikel SeterusnyaShahida Kecewa Dituduh Pilih Kasih. Ini Penjelasannya
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress