Sebelum ini, ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi Haqiem Rusli telah mengumumkan keputusan untuk berhenti menyanyi akibat tekanan yang dialaminya. Malah dia turut mengambil sedikit masa untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut selepas ramai yang tidak mahu Haqiem berundur termasuk rakan-rakan artis.

Mohon Maaf Dan Akan Terus Menyanyi

Terbaru, menerusi laman sosialnya, Haqiem memuat naik sebuah kenyataan dimana dia ingin memohon maaf atas kejadian yang lalu serta membuat keputusan untuk terus menyanyi. Keputusan itu dibuat Haqiem selepas memikirkan sokongan yang diberikan padanya malah berjanji akan terus memperbaiki diri.

Netizen Tidak Puas Hati

Namun begitu, bagi sesetengah netizen mereka masih tidak berpuas hati dengan kenyataan Haqiem.

Lebih mengejutkan ada yang mengharapkan pelantun Jatuh Bangun ini teruskan hasratnya sebelum ini untuk berhenti menyanyi. Apa pun didoakan buat Haqiem agar teruskan sukses dan kurangkan kontroversi!