Susulan daripada khabar berita mengenai pengumuman Haqiem Rusli semalam yang mendedahkan bahawa dia tidak jadi berhenti menyanyi, rupa-rupanya terdapat kontroversi yang kurang enak untuk didengari melibatkan beberapa penyanyi lain.

Ara Johari, Wany Hasrita Dan Ernie Zakri Dakwa Dipergunakan

Segalanya bermula apabila penyanyi yang dimaksudkan iaitu Ara Johari, Wany Hasrita dan Ernie Zakri telah dijemput untuk sebuah segmen HotFM. Malah Haqiem Rusli turut dijemput dalam segmen berkenaan. Hangat.com difahamkan kesemua mereka tidak tahu apakah intipati sebenar mereka dijemput dan sekadar memenuhi jemputan dan kehendak pengurusan masing-masing.

Namun begitu, semuanya jadi tidak kena apabila ketiga-tiga penyanyi itu diminta mengulas lanjut mengenai Haqiem. Malah terdapat juga dakwaan daripada netizen bahawa segmen tersebut juga dibuat bagi mempromosikan lagu terbaru Haqiem.

BACA  Anjali Semakin Berbeza! 7 Gaya Sana Saeed Yang Selalu Seksi Tayang Aset

Rakan-Rakan Artis Juga Tidak Berpuas Hati

Ketika segmen itu sedang berlangsung, jelas kelihatan riak wajah ketiga-tiga penyanyi ini seperti tidak faham dengan intipati tersebut malah turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka menerusi laman sosial masing-masing. Melihatkan pada situasi tersebut, rakan-rakan artis yang lain seperti Syamel dan Wani Kayrie turut menyatakan bahawa situasi seumpama itu tidak seharusnya terjadi.

Malah bagi memberikan pendapat yang lebih telus, netizen turut meminta penyanyi yang lebih senior, Adibah Noor untuk memberikan pendapatnya. Nampaknya keadaan semakin tegang! Jika dahulu melibatkan peminat, kali ini terpalit pada rakan seangkatan pula. Adakah ini juga sebahagian daripada gimik?