Pelakon dan Pengarah popular Erma Fatima semalam meluahkan rasa sedihnya selepas berita penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Instagram miliknya. Pada hari Selasa, semalam Najib ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Erma menasihati rakyat Malaysia supaya tidak menabur fitnah dan membuat spekulasi liar berhubung dengan kes ini. Dalam masa yang sama di turut memohon kepada semua pihak untuk berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

Erma menyatakan bahawa dia hanya mampu berdoa agar Allah tunjuk kebenaran kepada semua yang bakal membuka mata rakyat.

Foto: Foto Zunnur Al Shafiq

Menurut laporan dari Berita Harian, hari ini Bekas Menteri Kewangan itu dilihat kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

Perkarangan mahkamah juga gamat dengan laungan seperti “Bebas Najib” dan “Hidup Najib” oleh para penyokongnya sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu. Kira-kira 100 penyokong Najib termasuk anggota UMNO berkumpul di perkarangan lokasi itu sejak pukul 7.00 pagi lagi.