Terbaru dari laporan Utusan Online, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Najib didakwa atas Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Foto: Astro Awani

Berita tersebut mendapat reaksi penyanyi dan chef selebritiΒ Fazley Yaakob, yang merupakan suami kepada anak Datin Seri Rosmah Mansor. Menerusi Instagramnya, Fazley memberitahu sudah tiba masa untuk semua pihak tahu tentang kebenaran sebenar.

“Sukar untuk menerima realiti sebenarnya. Adakah benar beliau bersalah atau ada si polan lain yang sebenarnya menjadi liabiliti beliau selama ini. Wallahualam”

Penahanan Najib Tak Babitkan Rosmah

Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan penahanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

BACA  [VIDEO] Najib Menjiwai Lagu Black Dog Bone, Jom Hayati Bait-bait Lirik Ini

Setakat ini tangkapan hanya dibuat terhadap Najib dan tidak melibatkan indvidu lain.