‘Aiman Dah Sihat’- Fara Hezel Ulas Penyakit Misteri Aiman Tino

347

Sebelum ini, Hangat.com pernah melaporkan dimana penyanyi Aiman Tino didakwa ditimpa penyakit misteri yang menyebabkan keadaan dirinya terganggu dan turut mengalami kesukaran untuk bernyanyi.

Aiman Dah Sihat

Mengulas lebih lanjut mengenai keadaan terkini Aiman, kakaknya yang juga penyanyi Fara Hezel menjelaskan keadaan adiknya itu sudah dalam keadaan baik dan kini sihat sepenuhnya. Tambah Fara, pada mulanya mereka sekeluarga agak pelik kerana pemeriksaan hospital tidak dapat mengesan sebarang penyakit namun apa pun mereka kini bersyukur kerana Aiman sudah pulih.

Bakal Lancarkan Single Ketika

Fara ketika ditemui Hangat.com di Majlis Pelancaran MR D.I.Y dalam talian turut berkata kini dia sedang giat menyiapkan single ketiga nya yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Menurut Fara lagu tersebut juga mendapat sentuhan daripada ibubapanya sendiri sebagai pencipta lagu dan juga lirik. Rasanya ramai yang tidak sabar menunggu lagu terbaru Fara bukan?