Belum pun reda dengan isu gimik depresi yang kononnya didakwa hanyalah satu rancangannya sehingga menjadi topik sensasi minggu ini, kini timbul pula satu lagi kontroversi panas yang sudah pasti menjatuhkan reputasinya.

Sufi Dakwa Selamat Tinggal Sayang Tidak Mendapat Keizinan

Terbaru, penyanyi Sufi Rashid telah memuat suntingan video lagu terbaru Haqiem Rusli, Selamat Tinggal Sayang di Instagram nya. Semalam, Haqiem telah mengumumkan bahawa lagu barunya itu telah dimuat naik di YouTube sekaligus mencetuskan kontroversi seperti didakwa peminat sekadar gimik.

Namun begitu, menurut Sufi itu adalah ciptaannya dan Haqiem tidak mendapat keizinan apatah lagi meletakkan nama Sufi sebagai salah seorang pecipta lagu itu.

BACA  Drama Band Tiada Niat Mengaibkan Haneesya Hanee & Haqiem Rusli!

Tidak Mahu Wang Tetapi Mahu Haqiem Ikut Prosedur

Menurut Sufi, dia bukanlah mahu sengaja mahu meraih publisiti ataupun menuntut bayaran tetapi hanya ingin Haqiem meminta izinnya dengan mengikut prosedur yang betul. Tambahnya lagi, menghasilkan keseluruhan lagu tersebut bukanlah perkara mudah apatah lagi melihatkannya lagu miliknya itu kian meningkat jumlah tontonannya di YouTube.

Sebelum ini, Haqiem turut terpalit isu yang sama,apabila lagu Jatuh Bangun dendangannya dikatakan sama seperti lagu Asfan Shah. Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut dari Haqiem malam ini!