Hael Husaini & Diana Danielle Bakal Muncul di Club Mickey Mouse

Dengan lagu-lagu baru karya pencipta lagu tanah air serta ahli Mouseketeer baharu, para peminat bakal dihiburkan dengan lebih keseronokan dan komedi dalam musim kedua Club Mickey Mouse mulai Jumaat, 2:30 petang melalui Saluran Disney (Astro Ch 615)

569

Kumpulan Mouseketeer telah kembali untuk mengujakan semua! Berikutan pelancaran musim kedua rancangan No.1 Saluran Disney Club Mickey Mouse, para penonton di Malaysia bakal dihiburkan dengan pelbagai lagu baharu yang dikarya oleh penerbit-penerbit rakaman tanah air terkemuka, serta lebih komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti, termasuklah penyanyi dan pencipta lagu Hael Husaini, Haqiem Rusli serta artis pelakon Diana Danielle.

Selain itu, Charis akan kembali menghidupkan peranannya sebagai Ketua Mouseketeer bersama-sama dengan ahli Mouseketeer lain, iaitu Dheena, Erissa, Faiz, Gabriel dan Wafiy. Selepas Mouseketeer Natasya mengucapkan selamat tinggal kepada Club Mickey Mouse, bakat baru Ellya yang berumur 14 tahun akan menyertai keluarga Mouseketeer dalam musim baharu ini.

Kumpulan Mouseketeer yang comel ini akan terus menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga dengan rancangan kontemporari ini yang menepati citarasa unik tempatan! Episod pertama musim baharu ini akan memaparkan lagu rancak “Start Me Up”, sebuah karya Audi Mok. Beliau merupakan sumber ilham penting bagi pelbagai lagu yang telah memenangi anugerah, yang dipersembahkan oleh artis-artis Malaysia ternama termasuklah Faizal Tahir, Joe Flizzow dan Siti Nurhaliza.

Para peminat boleh menikmati lagu hebat ini di laman Disney Channel Asia YouTube (www.YouTube.com/DisneyChannelAsia). Di samping itu, dalam musim ini, lebih lagi karya-karya asal akan disajikan oleh pencipta lagu tempatan Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mia Palencia. Bagi meraikan pelancaran musim baru ini, kumpulan Mouseketeer akan memberikan nafas baharu kepada Club Mickey Mouse melalui “CLUB MICKEY MOUSE: LIVE!” buat julung kali!

Para peminat bakal menikmati detik menyeronokkan bersama kumpulan Mouseketeer dengan muzik dan tarian secara siaran langsung, serta pelbagai permainan menarik. Di samping itu, mereka berpeluang menyertai program dalam musim baharu dan beramah mesra dengan keluarga Mouseketeer.

Janganlah lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi kumpulan Mouseketeer pada tarikh-tarikh berikut:

• 14 – 15 Julai: Penang, Gurney Paragon
• 18 – 19 Ogos: KL MyTown Mall
• 1 – 2 September: KL IPC Mall

Club Mickey Mouse telah diperkenalkan buat julung kali di Asia Tenggara pada September 2017. Musim pertama rancangan ini menikmati kejayaan yang memberangsangkan, sekaligus menjadi rancangan No.1 di Saluran Disney dengan 2.7 juta penonton TV, 11 juta pengunjung platform digital, serta 14 juta tontonan video di Laman Facebok Saluran Disney.

Rancangan beraneka ragam ikonik untuk kanak-kanak ini mula disiarkan pada 1955 di Amerika dan sejak itu telah diberi format baru dan diolah semula supaya ia kekal relevan dengan penonton. Siri terdiri daripada 13 episod ini akan menyajikan kandungan dalam gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Siaran pertama Musim 2 Club Mickey Mouse akan ditayangkan pada Jumaat, 6 Julai 2018, 2.30 petang melalui Saluran Disney (Astro Ch 615) dan juga akan disediakan menerusi On Demand.