Menurut satu laporan dari portal berita Apple Daily di Taiwan, anak lelaki Datuk Seri Najib Razak dilihat sedang asyik makan dan minum wain dengan seorang pelakon popular di Taiwan sehari selepas bapanya didakwa di Mahkamah pada Selasa lepas.

Laporan itu mendakwa Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib terakam dalam kamera saat sedang makan malam dan berbual mesra dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Celia Zhang. Makan malam romantik itu diadakan di sebuah restoran steak di pusat membeli-belah Breeze Xinyi berhampiran menara ikonik Taiwan Taipei 101.

Portal itu berkata kedua-duanya dilihat minum segelas wain merah dalam suasana santai  yang berlangsung selama tiga jam. Turut dinyatakan dalam laporan sama, dua botol wain merah dibuka pada malam itu.

Pasangan ini kemudiannya dilihat mengambil teksi ke salon urut, sebelum makan malam dan menghabiskan masa selama dua jam di bar.

Apple Daily mendakwa kedua-dua mereka kemudian menaiki teksi ke hotel Grand Hyatt sekitar jam 1 pagi.

Menulis Catatan di Facebook

Nazifuddin ada menulis satu catatan di  Facebook pada jam 9.58 malam mengucapkan terima kasih semua orang yang telah sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada bapanya dan pada masa yang sama dia sedang makan malam bersama aktres tersebut.

Laporan Apple Daily disertai klip video yang menunjukkan rakaman ringkas dan gambar kedua-duanya sedang seronok bersama-sama, juga melaporkan bahawa Nazifuddin dilihat bersama dengan pelakon itu selepas dia turun dari pesawat dalam perjalanannya ke Taiwan semalam.

Dalam laporan berasingan oleh Apple Daily, pelakon itu yang berusia 34 tahun merupakan bekas model keturunan Cina-Vietnam yang kini menjadi pelakon dan telah berada di industri hiburan selama empat tahun.

Sumber MalaymailApple Daily