Pelakon, penyanyi serta bekas ratu cantik Malaysia iaitu Erra Fazira memuat naik posting di Instagram beliau mengenai karakter puteri sulungnya, Engku Aleesya Engku Emran.

Erra mendedahkan sikap serta perangai anaknya yang menyerupai dirinya. Antaranya adalah seorang yang bersikap pemalu, kurang mesra jika tidak mengenali, agak lasak serta kurang bersifat keperempuanan.

“Ini shayang mom!! Nama dia Aleesya.. dia anak yg pemalu mcm mak dia.. tapi kalau dah kenal.. dah selesa.. siap laaaa kena buli n sakat pulak dgn dia!! 🤨

“Lasak pun macam mom dia. Setakat panjat2 .. sapsapsoiii jer!! Tak berapa nak gi-girl pun macam mom dia jugak.. kadang kadang kepala loqlaq pun yer jugak ..🤪🤣 haaa tu baru mukadimah.. nak cerita pjg lebar la pulak karang… Apapun.. inilah anugerah dan amanah Allah buat ku.. sayang mu hingga ke syurga anakku..” tulis Erra melalui Instagram beliau.

Erra juga mendedahkan Aleesya juga mempunyai tabiat mudah tertidur, cepat pening apabila berada di dalam kereta yang sama seperti Erra. Ini juga menjadi punca pelakon wanita filem Sembilu ini tidak mempunyai pemandu dan lebih selesa memandu sendiri.

“Aleesya mmg ada penyakit senang tido dalam kereta.. n mudah pening dok dlm kereta macam mom dia.. bab ni kami berdua kena sep sikit aaa.. 🤣🤣 Tu sbb mom tak ada supir.. kalau ada supir, pasti akhirnya mom suruh dok tepi sbb mom kena drive.. baru tak fenin.. 🤪😊”, tulis Erra lagi.

Peminat-peminat Erra juga memberi pujian yang kecantikan Aleesya juga sama cantik dan manis seperti ibunya. Malah ada yang turut mendoakan agar pelakon cantik ini cepat bertemu jodoh dan Aleesya mendapat ayah yang baru.

Sesungguhnya hanya seorang ibu yang benar-benar mengenali sikap dan perangai anaknya sendiri. Hangat.com mendoakan agar kasih sayang dan kegembiraan dua beranak ini berkekalan selamanya, aamiin.

Sumber : Instagram Erra Fazira

BACA  Murung Sampai Lemah! Erra Fazira Berkurung Dalam Bilik Seminggu?
Artikel SebelumnyaAidid Marcello Gagal Buang Air Kecil Selepas Pembedahan Lutut?
Artikel SeterusnyaAlif Satar Hanya Mampu Hadiahkan Set Pinggan Mangkuk Kepada Isteri?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"