Kimball telah menjemput Selebriti Chef Fikree untuk melawat rumah pemenang hadiah utama bagi peraduan Raya mereka dengan membawa sajian Raya yang lazat menggunakan resipi dari kempen mereka, ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’.

Kimball menganjurkan peraduan ‘Menangi Jamuan Raya Bersama Selebriti Chef Fikree’ bertujuan memberikan ganjaran kepada pengguna-pengguna Kimball atas sokongan mereka yang berterusan terhadap jenama tersebut, terutamanya ketika musim perayaan ini.

Para pemenang berpeluang menjemput keluarga dan rakan taulan mereka menikmati jamuan Raya Kimball tanpa bersusah payah menyediakannya. Dua pengguna setia Kimball iaitu, Pn Mariah Binti Idris dari Selangor dan En. Haniff Baharom dari Pahang merupakan pemenang dan turut berpeluang menikmati jamuan Raya bersama Cef Fikree.

(Dari kiri) Cik Tania Lee, Pengurus Pemasaran Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd bersama Cef Fikree menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan Raya Kimball, Pn Mariah bersama suami, En Shaharudin.

Pn. Mariah, ibu kepada empat orang anak, sangat teruja dengan kehadiran Chef Fikree bersama kunjungan Kimball. Pada masa yang sama, Pn. Mariah juga merupakan peminat Chef Fikree.

“Kami sangat gembira dengan kedatangan Cef Fikree dan Kimball. saya telah mendapat banyak tip memasak yang sangat berguna! Ia merupakan hari yang menggembirakan, disempurnakan lagi dengan semangat Raya dan hidangan enak yang disediakan oleh Kimball, terutamanya hidangan Kuah Kacang Daging Istimewa Kimball yang menggunakan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Cili Kimball. Lebih daripada itu, saya juga dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga dan sahabat-sahabat saya selain daripada menumpukan masa menyediakan sajian Raya. Kami sekeluarga masih tidak percaya dengan kehadiran Cef Fikree kerana kami telah mengikutinya sejak beliau di pertandingan memasak lagi sehinggalah ke rancangan memasaknya kini. Terima kasih kerana membawa gelak-tawa dan kegembiraan ke rumah kami,” kata Pn. Mariah.

 

Chef Fikree sememangnya cukup faham bahawa bukan senang untuk merancang dan memasak hidangan yang lazat untuk rumah terbuka ketika Hari Raya. Beliau telah berkongsi pengalaman bersama keluarga pemenang untuk jamuan rumah terbuka yang lebih lancar.

Cef Fikree dan keluarganya bersama keluarga Pn Mariah semasa Jamuan Raya Kimball.

“Jangkaan dalam menyediakan hidangan perayaan memang sangat tinggi dan kebanyakkan ibu-ibu sentiasa ingin menghidang jamuan yang terbaik, lazat dan pelbagai bagi memikat hati saudara mara dan tetamu mereka. Nasihat saya adalah untuk menggunakan resipi yang telah diyakini, cepat dan menyenangkan seperti resipi yang dicipta oleh Kimball. Untuk pengalaman yang lebih bermakna, luangkanlah masa untuk persiapan meja makan untuk mewujudkan suasana perayaan yang meriah,” kata Cef Fikree.

Menurut Cik Tania Lee, Pengurus Pemasaran, Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd, Kimball sentiasa mencari cara yang kreatif dan berbeza dalam memberikan ganjaran dan mewujudkan interaksi bersama pengguna setia mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk Kimball dan resipi dari kempen ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, layari laman web di www.kimball.com.my, atau kunjungi laman Facebook Kimball di www.facebook.com/KimballMalaysia untuk mengikuti perkembangan terbaru Kimball.