Sebelum sidang media isu kemurungan penyanyi Haqiem Rusli diadakan, di sebelah petangnya hangat diperkatakan pula mengenai tuduhan yang mengatakan bahawa penyanyi ini telah mencuri ritma lagu.

Ianya tercetus selepas Sufi Rashid telah memuat naik sebuah kenyataan yang memberitahu bahawa lagu Haqiem yang baru dilanckarkan, Selamat Tinggal Sayang adalah lagu ciptaan Sufi dan Haqiem pula langsung tidak meminta sebarang keizinan mahupun menulis nama Sufi sebagai salah seorang pencipta lagu tersebut.

Haqiem Mengaku Lupa Nak Kredit Lagu

Menjawab dakwaan berkenaan pada Hangat.com, menurut penyanyi yang berusia 20 tahun ini, pada mulanya dia sudah pun mengucap terima kasih kepada Sufi kerana telah sama-sama menyumbang idea dalam menghasilkan lagu ini.

BACA  'Terima Kasih Kak Long'- Didi Astillah Titip Ucapan Buat Bella Astillah

Namun begitu, bukanlah bermakna dia mencuri lagu ini daripada Sufi kerana jelas Haqiem dia terlupa untuk letakkan ‘kredit’ dalam lagu ini.

Sufi Masih Sokong Haqiem

Dalam perkembangan lain menerusi Instagram nya, walau apa pun yang terjadi Sufi masih lagi setia menyokong sahabatnya itu. Malah Sufi turut dilihat telah memadam postingnya terdahulu yang merujuk kepada pertuduhan tersebut serta meminta peminatnya untuk tidak terus mengecam Haqiem.

Terdahulu pada malam Jumaat yang lalu, Hangat.com menerima info dimana Haqiem telah mendapatkan rawatan klinik psikiatri dan disahkan mengalami moderate depression. Semoga cepat sembuh Haqiem!