Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila terdapat kontroversi mengaitkan dua usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan bergaduh selepas kedua-duanya memuat naik status yang berbaur sindiran antara satu sama lain di Instagram mereka.

Safiey Dan Sajat Sudah Berbaik

Namun begitu, sebentar tadi juga menerusi Instagramnya, Safiey memberitahu bahawa dia dan Sajat kini sudah berbaik. Melihatkan pada isu yang lalu, menurut Safiey selepas ini kedua-dua mereka akan saling berhubung antara satu sama lain sekiranya terdapat sebarang isu mahupun masalah.

Harap Perniagaan Lebih Maju

Tambah Safiey lagi, kedua-dua mereka mengambil jalan berdamai atas usaha seorang rakan lama mereka yang dirahsiakan identitinya. Dia turut berharap agar perniagaaan mereka selepas ini bertambah maju selain turut meluahkan rasa sayangnya pada Sajat sebagai seorang sahabat.

Sumber: Instagram Safiey Ilias