Masih lagi mengenai Safiey Ilias! Jika sebelum ini mengenai Safiey umumkan sudah berbaik dengan usahawan Nur Sajat, kali ini melibatkan pengurusnya pula yang dikenali sebagai Nachadin di Instagramnya.

PU Amin Mohon Boikot Produk Safiey

Terdahulu, tular sebuah video di mana menyaksikan pendakwah, PU Amin memuat naik sebuah video yang menegur Safiey atas perbuatan dan tingkah lakunya persis seorang wanita. Malah pendakwah itu turut memohon kepada netizen supaya memboikot segala jenama yang melibatkan usahawan itu supaya dia sedar dan insaf atas perbuatannya.

Pengurus Safiey Beri Amaran

Melihatkan pada video itu, beberapa suntingan kenyataan dan komen balas dari pengurus Safiey turut tular di media sosial. Antara kandungan kenyataan itu termasuklah menegur perbuatan pendakwah itu yang dilihat lebih kepada menjatuhkan nama baik syarikat mereka.Tambahnya juga, dia telah hilang hormat pada PU Amin serta mengharapkan video tersebut dipadam dari akaunnya.

BACA  Tak Gentar Diboikot! Safiey Illias Tarbiyah Netizen Soal Agama

Safiey Bakal Writ Saman 5 Juta

Dalam perkembangan lain, Safiey telah menyangkal bahawa gambar-gambarnya yang dilihat bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Shah James adalah gambar pra perkahwinan mereka.

Menurut Safiey, dia juga menolak dakwaan video yang menunjukkan Shah menyarungkan cincin ke jarinya adalah lamaran daripada lelaki itu. Jelasnya lagi, usahawan itu masih lagi tahu hukum dan batas serta turut memohon kepada individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Disini saya ingin jelaskan . Saya dan @syahjames01 tidak membuat sebarang shooting pre wedding . Ia adalah photoshoot untuk profile comcard kami berdua . . . Kami juga tidak sesekali pernah mengeluarkan kenyataan kami bertunang . Dalam video @syahjames01 memberi saya cincin adalah sempena hadiah hari jadi saya . TIDAK ADA SESEKALI DALAM VIDEO ITU MENYEBUT DIA MELAMAR SAYA . . . Kami tidak langsung nak kahwin/bernikah sejenis ke apa . Saya masih waras untuk berfikir . Saya juga perlu menjaga maruah kedua dua belah pihak keluarga saya dan @syahjames01. . . Stop membuat sebarang spekulasi yg tidak bernas dan mendatangkan fitnah . . . Saya terpaksa mengambil tindakan dengan MENYAMAN 2 individu yg saya tak nak sebut nama beliau disini . JANGAN MUDAH MEMBUAT SPEKULASI SENDIRI . Hujung2 jual buku , jual seminar , jual ceramah cas mahal2 . Begitulah zaman sekarang . Saya dh serik sangat2 dengan perangai manusia . Suruh share ramai2 supaya followers naik lepastu hujung2 jual itu ini . Saya bersedia berjumpa dengan individu berkenaan . Boleh datang ke open house terbuka saya 14/7 ini dan nasihatlah saya depan2 . Saya CABAR jika niat mereka betul dan IKHLAS . Ini bukanlah kali pertama mereka berdua menyentuh isu saya . Semasa saya lelaki pun mereka menuduh saya macam2 . . . Saya juga TIDAK sesekali menyuruh followers saya report acc FB milik beliau . Saya sendiri baru tahu tadi . Pelik ya . Terlalu banyak fitnah yg dilemparkan kepada saya . Saya terpaksa ambil tindakan undang2 . Kenapa gelabah acc fb kene disable ? Sebab nanti tak dapat lah nak jual buku dan ceramah ke ? . . Saya bagi tempoh 24 jam untuk individu berkenaan memadam posting berkenaan DAN MEMBUAT KENYATAAN MAAF SECARA TERBUKA DI FB MILIK MEREKA BERDUA . Jika tidak , isnin saya akan failkan writ saman RM5juta . . Awk suami isteri memang pandai mengarang dan menyusun ayat bg orang percaya . Maklumlah penulis buku kan . Apa2 pun saya mohon maaf jika ada menyentuh mana2 sensitiviti atau apa2 jua yg mengundang sebarang isu dan provokasi . TERIMA KASIH . . . πŸ’‡πŸ»β€β™€οΈ Hairdo and style : @barrinamat πŸ“Έ Photographer : @blackpepperproduction πŸ’„ Makeup : my own & @barrinamat πŸ‘ Lens : @arranaclub πŸ‘—Outfit : @syafieq_ayman

A post shared by SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on

Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan memfailkan writ saman berjumlah 5 Juta kepada individu tersebut.

BACA  Nur Sajat Tuju Status 'Pedas' Di Instagram Untuk Siapa?
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous article‘Dah Kalah, Penyokong BN Jangan Tunjuk Bodoh’- Chef Wan
Next articleCaprice Jawab Dakwaan Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress