Menerusi Isntagram miliknya, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail semalam telah meluahkan rasa amat bangga melihat sikap mulia Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sanggup memungut sampah di dalam Stadium sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Chef Wan Puji Sikap Syed Saddiq


Chef Wan berkata,  Saddiq boleh menunjukkan contoh yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya ramai mempunyai sikap tabiat pengotor. Namun Chef Wan sangat kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang kurang ajar dan tidak menghormati seorang menteri.

“Its disguting enough to see all this rubbish but what is even more disgusting is to read punya la ramai rakyat Malaysia yg buat comments di social media yang bukan sahaja kurang ajar and disrespectful to the minister tetapi boleh perli2 lagi konon gila glamour etc..” katanya

Chef Wan percaya, berkemungkinan yang memberi komen agak biadab ini datangnya dari musuh kerajaan baru, Pakatan Harapan.

BACA  Chef Wan Sedih Sultan Muhammad V Letak Jawatan Sebagai YDP Agong

“I am sure those yang past such a terrible and bitchy comment pun ada yg musuh pakatan!
Dah kalah dan majority rakyat negara ini menolak BN dan Umno sudah la.. Yg nak melerit ni semua apa hal? Tak sedar ke apa yg di tulis tu sebenarnya membayang kan kebodohan dan kesombongan masing? Omg shame on all these rakyat Malaysia.”

Ramai Busuk Hati


Walaubagaimanapun, Chef Wan menyarankan orang ramai supaya lebih bersyukur dan menyokong pendekatan yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq daripada menunjukkan perangai masing-masing yang busuk hati.

“Sepatutnya kita lagi nak belajar dari manusia-manusia yang budi perkerti mereka yang tinggi and not put him down mcm tu. Sia-sia mak bapak hantar sekolah jika tak boleh nampak apa yang terjadi”

Bagaimanapun, kehadiran Syed Saddiq di Stadium Bukit Jalil bukan sekadar untuk mengutip sampah semata-mata, tetapi turut bersama puluhan ribu penyokong bola sepak bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang.

BACA  Dikaitkan Dengan Pelacuran, Adik Arwah Julia Perez Akui Malu & Kesal

Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda dalam sejarah negara.

Sumber IG Chef Wan & Syed Saddiq