Sejak kebelakangan ini, nama Wak Doyok sering kali dianggap menipu selepas beberapa pertuduhan telah dibongkarkan oleh netizen di laman sosial. Kali ini satu lagi tuduhan melibatkan ikon fesyen ini dan juga usahawan terkenal, Asyraf Mazlan.

Wak Doyok Tipu Netizen Lagi?


Suatu ketika dahulu, Asyraf pernah dikaitkan bercinta dengan Elfira Loy. Namun menurut mereka hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja memandangkan sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Di Instagram, Wak telah memuat naik sebuah gambar bersama Asyraf dan menyatakan bahawa Asyraf sebagai ‘P.A’ nya tidak lagi berkhidmat untuknya. Namun begitu, sedikit mencurigakan kerana menurut netizen, Asyraf sebenarnya bukanlah ‘P.A’ seperti yang didakwa Wak sebaliknya, usahawan itu merupakan pemegang saham terbesar dalam perniagaan dan jenama produk Wak.

BACA  15 Gambar Personaliti Membuktikan Bahawa Lelaki Berjambang Mampu Transform Wajah

Asyraf Tunjuk Bukti Sebagai Pemegang Saham


Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Asyaf sendiri telah tampil mengemukakan beberapa salinan bukti di Instagram nya yang menunjukkan bahawa dia adalah pemegang saham terbesar dalam perniagaan Wak. Turut kelihatan di situ adalah Datuk Seri Aliff Syukri sebagai pemegang saham bersama.

Adakah ini sebagai gimik pemasaran? Ketika ini kedua-duanya mungkin terdapat perselisihan faham dan ramai yang mengharapkan agar mereka berbaik kerana jika jenama Wak Doyok ditarik balik, sudah pasti ianya memberi impak buat Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan.

like
love
1
haha
wow
sad
1
angry