Terlebih dahulu ingin kami titipkan ucapan Selamat Hari Lahir buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 93 tahun hari ini.

POS Malaysia Keluarkan Setem Khas Tun M

Bersempena dengan ulangtahun Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M, POS Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem khas dalam masa terhad gambar-gambar Tun M yang kini dijual untuk orang ramai.

Hangat.com difahamkan POS Malaysia telah menghasilkan 100,000 keping untuk setiap reka bentuk Setem Ku itu dan setiap set lengkap itu dijual pada harga RM93.

Tidak Dapat Keizinan Tun M?

Meskipun mendapat reaksi positif daripada rata-rata netizen, muncul pula beberapa dakwaan kononnya gambar yang dicetak itu telah diambil tanpa izin dan pengetahuan dari Tun M sendiri.

Pendedahan itu telah dibuat sendiri oleh anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir dan turut disokong oleh penyanyi Adibah Noor. Apa pun, koleksi itu tetap menarik dan jarang sekali dibuat seumpama itu. Selamat Hari Lahir Tun!