Terlebih dahulu, ingin kami jelaskan bukanlah niat kami untuk menjatuhkan nama mana-mana selebriti ini. Namun ianya sekadar perkongsian buat anda kerana penyakit ini merupakan pembunuh utama dalam masyarakat kini. Malah tanpa kesedaran dan pemeriksaan yang betul, siapa tahu mungkin ada dikalangan anggota keluarga yang menghidapinya.

5 Selebriti Tempatan Meninggal Dunia Kerana Hidapi Kanser


Hangat.com rangkumkan kembali antara 5 selebriti tempatan yang dilaporkan meninggal dunia kerana menderita penyakit kanser yang dihidapi mereka. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah pergi menghadap Ilahi dan roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

2Allahyarhamah Yanie Mentor

Yanie atau nama sebenarnya Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia pada 21 Mac 2010 akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.

Menurut suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari 2010. Yanie merupakan anak didik Ning Baizura dan turut berduet bersama Ning dan Nikki Palikat menerusi lagu Drama.

3Allahyarham Syed Anas

Syed Anas cukup popular dengan lagu hits, Memori Cinta sekitar 80-an. Digelar sebagai Boy George Malaysia, ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham turut diundang mengadakan tujuh persembahan di Hawaii, Amerika Syarikat dan beberapa negara. Namun begitu, sekitar 90-an beliau mengundurkan diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan produk kesihatan yang diusahakan keluarganya, Nona Roguy.

BACA  Benjy Dipenjara 11 Tahun Akibat Memiliki Dadah

Pada 5 Disember 2003 Syed Anas dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 1.15 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Pantai Hill Park, Bangsar. Allahyarham meninggal dunia kerana menderita barah otak.

4Allahyarhamah Maimon Talib

Al-Fatihah buat pelakon Maimon Mutalib yang telah meninggal dunia pada 17 Septermber 2013. Allahyarhamah meninggal dunia di rumahnya selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Maimon sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit kanser payudara. Ketika dikesan pada tahun 2013, kanser payudara tersebut telah pun berada di tahap keempat.