Baru-baru ini bertempat di istananya sendiri, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis aqiqah buat anak keempat mereka , Yusoff Al-Qardawi.

Dapat Sentuhan Rizalman


Majlis yang serba mewah itu memperlihatkan bilik si kecil ini ditata rias khas dari Datuk Rizalman yang kelihatan begitu elegan seperti bilik putera raja. Malah mereka yang hadir pada majlis itu turut berkesempatan melihat sendiri istana yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Ramai Selebriti Terkenal


Dalam majlis itu, kelihatan ramai selebriti tanah air terkenal turut hadir memeriahkan majlis cukur jambul anak usahawan itu. Antaranya Nur Sajat, Fasha Sandha, Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta ramai lagi.

Bertuah Yusoff bukan? Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapa ya!