Semalam, 9 Julai 2018, pegawai akhbar kepada Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi, yang sebelum ini dikecam hebat mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas berkenaan.

Numan memutuskan hal ini ekoran kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang, menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah diberi.

Menerusi laman twitternya, Numan meluahkan rasa bimbang terhadap segelintir orang ramai yang bersangka buruk terhadap dirinya.

“Sesetengah orang yang tidak dikenali bersangka buruk tentang saya; Saya bimbang tentang kebencian yang dahsyat yang terselit di hati dan jiwa anda. Saya tidak mahu membebankan dan perasaan yang teruk pada sesiapa pun. Ia menghadkan potensi anda dan diri anda. Cari kebahagiaan di hati anda! “

Apa-apa pun, sebagai manusia, kita semua tak lepas sebagai pendosa. Sememangnya rata-rata netizen di Malaysia ni hanya pandai kritik, lebih menghukum dari berkata dan nasihat baik (dakwah).

Sokong LGBT

Dipetik dari FMT, Numan dilaporkan menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kempen Pelangi itu dikaitkan dengan penganjuran “Iftar Gay” Jun lalu melibatkan golongan homoseksual.