Semalam tular di media sosial apabila terdapat sebuah video yang menyaksikan pertengkaran dua penyanyi dangdut terkenal, Sheeda dan Ifa Raziah yang dipercayai berlaku di sebuah ruangan parkir.

Sheeda Dakwa Ifa Raziah Cuba Burukkan Dirinya

Video yang berdurasi 43 saat itu dimuat naik sendiri oleh Sheeda di Instagram miliknya. Dalam kenyatannya itu, Sheeda mendakwa Ifa cuba memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain. Tambah Sheeda, Ifa sendiri tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian malah turut menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang penipu dan cuba mencari pasal dengan ramai pihak.

Ifa Bakal Bongkar Perkara Sebenar

Dalam perkembangan lain, Ifa menerusi Instagram nya telah memuat naik beberapa status berkenaan insiden berkenaan dan dipercayai akan mendedahkan perkara yang sebenar pada hari ini. Menerusi sumber lain, Ifa dikatakan telah berada di balai polis malam semalam berhubung insiden itu. Lagi perkembangan lanjut akan kami kemaskini sebaik sahaja mendapat berita terbaru.