Namanya jika disebut mungkin perlu dibuat rujukan kerana popularitinya kini tidaklah sepopular Haqiem Rusli mahupun Anuar Zain. Namun begitu, penyanyi kelahiran Muar, Johor ini yang turut meraih sebuah anugerah dari Singapura punyai kisahnya tersendiri.

Ugut Rakan Untuk Raih Populariti

Semuanya telah dibongkar oleh mangsa yang juga rakannnya sendiri pada Hangat.com. Menurut rakannya itu yang bekerja di salah sebuah sektor pelancongan pada mulanya menawarkan penyanyi tersebut untuk menjadi duta kepada syarikat mereka. Dimana salah satu manfaatnya dia dapat melancong bersama peminat-peminatnya secara percuma sekiranya pakej yang dijual pada peminat mereka mendapat sambutan yang mengalakkan.

Antara kandungan mesej yang telah dilanjutkan pada Hangat.com

Namun begitu, berlainan pula yang terjadi kerana merasai popularitinya tidaklah se’gah’ dahulu dan pakej yang dijual kemungkinan besar tidak mendapat sambutan, maka dia menggunakan jalan pendekatan dengan mengugut rakannya itu untuk turut mempromosikan pakej berkenaan.

BACA  Netizen Dakwa Syeera Tewas Kerana Black 'Over' Dalam Mentor Milenia

Sekiranya dia tidak dapat melancong bersama peminatnya, penyanyi itu sama sekali tekad untuk menyerang rakannya itu di pejabatnya dan akan membongkar perkara-perkara yang berbangkit dimana menurut rakannya itu sama sekali tidak benar.

Terdesak Nak Popular

Pelbagai kisah yang kurang enak untuk didengari telah diceritakan oleh rakannya itu. Ini termasuklah merayu kepada orang lain untuk menjaga anaknya yang sakit hanya kerana ingin menghadiri sebuah acara yang tidak berapa penting, meminta rakannya itu untuk mempersembahkan montaj mengenai dirinya pada pensyarahnya ketika masih belajar dan banyak lagi. Semuanya hanya kerana ingin popular.

Hangat.com difahamkan rakannya itu telah pun membuat laporan polis berkenaaan kejadian ugut berkenaan. Sayang kerana mempunyai rupa paras yang kacak tetapi perangainya pula sedikit sebanyak menjatuhkan imej tersebut!

BACA  Boleh Jatuh Cinta! Anak Artis Hollywood Yang Paling Kacak & Seksi
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Sheeda Bergaduh Dengan Ifa Raziah Tular Di Media Sosial
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Kurusnya Ako Mustapha! Tidak Lagi Seperti Dahulu
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress