Suatu ketika dahulu, pelakon Ako Mustapha antara wajah pelakon lelaki yang sering kali menghiasi wajah drama-drama tempatan. Namun begitu, dia secara tiba-tiba ‘menghilangkan diri’ dan dikhabarkan lebih selesa bekerja di belakang tabir.

Ako Sudah Kurus

 

Malah, penampilannya yang terbaru ini ternyata mengejutkan ramai peminat. Manakan tidak, jika dahulu dia kelihatan agak berisi dan kini dia jauh lebih kurus dan semakin segak! Menurut Ako, dia kini berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam masa dua tahun. Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, sebelum ini berat badannya mencecah 90 kilogram dan kini berjaya menurunkan angka itu kepada 70 kilogram sahaja.

Hasil Dorongan Isteri

Apakah rahsia pelakon ini untuk menurunkan berat badannya? Segalanya bermula dengan ketegasan isterinya yang mahu dia bersenam dan mengamalkan diet demi kesihatannya. Jauh berbeza bukan penampilannya terdahulu dengan sekarang?

Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan mungkin boleh minta dorongan daripada mereka yang terdekat sebagai inspirasi!

Gambar : Instagram Ako Mustapha