Selepas peristiwa hitam yang mengaitkan Sofi Jikan tahun lalu, reputasinya sebagai seorang pelakon tercalar apatah lagi dia dituduh sebagai salah seorang dalang yang kononnya menjadi punca Datuk Farid Kamil dianayai.

Tidak Lagi Mendapat Tawaran Berlakon

Ekoran kes tersebut, Sofi mendedahkan dia kini tidak lagi mendapat sebarang tawaran berlakon. Malah lebih menyedihkan ada tawaran yang diterima namun dibatalkan serta merta. Tambahnya juga, dia kini dikatakan tidak lagi boleh terlibat dengan sebarang program televisyen.

Enggan Bertemu Farid Kamil

Berkenaan isu yang mengaitkan dirinya dan Farid pula, menurut Sofi dia enggan bertemu dengan pelakon dan pengarah itu buat masa ini. Jelas pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Kasi Sengat’ ini, baru-baru ini juga Farid ini ada menghubunginya.

Namun dia mengambil keputusan untuk tidak menjawab panggilan telefon berkenaan kerana masih tidak percaya kerana rakannya itu sanggup menuduhnya sedemikian rupa sehingga dia hilang segalanya. Bersabarlah Sofi, kerana kebenaran pasti akan terbukti suatu hari nanti!

Sumber : Kopi Planet