Sebelum ini, muncul khabar angin dimana terdapat dakwaan bahawa watak X-Men akan diserap dalam francais filem Marvel Studio dimana menyaksikan pertembungan mutan dan juga para Avengers.

Kevin Sahkan Tidak Akan Ada WataK X-Men Dan Fantastic Four Dalam Marvel Cinematic Universe


Namun begitu, harapan ramai peminat terpaksa dilupakan kerana pengarah yang juga Presiden Marvel Studio telah mengesahkan tiada sebarang kemungkinan untuk bawa watak X-Men dan Fantastic Four dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU) meskipun sudah mencapai kata sepakat diantara Disney dan Fox.

Ingin Fokuskan Filem Lain

 

Menurut Kevin, ketika ini Marvel Studio hanya ingin fokuskan pada sejumlah filem yang telah dirancang untuk sekian lamanya. Antara filem tersebut adalah Avengers 4, Spider-Man: Far from Home, Guardians of the Galaxy Vol.3 dan Captain Marvel yang baru sahaja menamatkan sesi pengambarannya baru-baru ini. Meskipun begitu, peminat turut tidak tolak kemungkinan watak-watak dari X-Men mahupun Fantastic Four akan terlihat dalam MCU suatu hari nanti.

BACA  5 Watak Marvel Yang Mungkin Raja Ilya Akan Lakonkan

Sumber: CBR.COM

like
love
haha
wow
sad
angry