Penggemar drama korea mungkin mengenali aktres Jeong Da Bin yang popular seangkatan Kim Rae Won dan Song Seung Heon. Namun begitu, pada 2007 peminat menangisi pemergian Da Bin yang telah ditemui mati di rumah kekasihnya dipercayai kerana membunuh diri dalam keadaannya yang mabuk.

Dinikahkan Secara Ghaib

Seperti sebuah filem seram, baru-baru ini peminat negara itu mengimbas kembali mengenai ibu bapa Da Bin yang telah melangsungkan upacara pernikahan anak mereka meskipun jasadnya sudah tiada. Anehnya lagi, mendiang telah dinikahkan dengan seorang lelaki yang usianya 5 tahun lebih tua darinya dan lelaki tersebut juga telah meninggal dunia sekitar 2002.

Pernikahan ini telah mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga kerana terkilan anak mereka ‘pergi’ sebelum mempunyai pasangan hidup. Kedua-dua mereka telah dinikahkan secara ghaib menerusi sebuah ritual khas.

Sunting Gambar Bersama

Memandangkan kedua-dua ‘mempelai’ tidak mempunyai gambar kenangan bersama, pihak keluarga telah bersepakat untuk memuat turun gambar pernikahan yang diambil dari internet serta menyunting gambar berkenaan dengan meletakkan wajah anak mereka. Jelas sekali ritual dan gambar tersebut mendapat perhatian dunia kerana ianya sesuatu yang pelik serta menyeramkan!

Sumber : OMONA