Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad setelah diberi mandat untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas kemenangan di PRU 14 baru-baru ini. Beliau juga merupakan pemegang rekod sebagai perdana menteri paling tua di dunia.

Selain bergiat aktif dalam bidang politik, Dr Mahathir juga aktif di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Kami di Hangat.com baru sahaja menemui sesuatu yang menarik di mana penyanyi berbakat Aizat Amdan merupakan antara satu-satunya selebriti lelaki di Malaysia yang Dr Mahathir ikuti menerusi laman sosial, Instagram.

Jika anda lihat di ‘Following’ Instagram Dr Mahathir, hanya ada 8 akaun Instagram yang beliau ikuti termasuklah penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tahniah Aizat! Baru-baru ini Aizat telah merealisasikan hasrat ayahnya, Datuk Amdan Mat Din untuk menghasilkan lagu Harapan Jadi Nyata khas buat Tun Dr Mahathir. Lagu tersebut yang juga merupakan hasil nukilan ayahnya ‘diperap’ selama 7 tahun yang lalu dan kini dia dapat melancarkan lagu tersebut.

2
like
4
love
0
haha
1
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleDisenarai Hitam? Sofi Jikan Dedah Tidak Lagi Dapat Tawaran Berlakon
Next articleWatak X-Men Dan Fantastic Four Sah Tidak Tersenarai Dalam Marvel Studio!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.