Berhati-hati dengan wanita bernama Zuriati Abdullah yang dikatakan menipu ramai pelanggan dengan menggunakan nama syarikat. Sebentar tadi, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah membuat laporan polis terhadap seorang bekas pekerjanya itu yang didakwa menipu dalam bentuk wang ringgit dan mencuri produk syarikat.

“Saya harap pihak polis bukan sekadar ambik report tapi jugak bertindak untuk menangkap penipu, ZURIATI ABDULLAH @ NASIR. MENYELEWENG DUIT , MENYAMAR & MENIPU ..”

Menurut Che Ta, selain orang awam, beberapa buah syarikat besar pernah menjadi mangsa individu terbabit antaranya seperti syarikat kosmetik SimplySiti dan syarikat produk wangian Dexandra.

BACA  Tak Sangka! Selain Neelofa, 5 Artis Wanita Ini Galas Jawatan CEO

Umumnya, Che Ta menjalankan perniagaannya sendiri iaitu By RCW, Padusi Couture dan Padusi Picture. Antara cabang perniagaan yang mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna ialah produk di bawah label By RCW kerana ia cukup sinonim dengan golongan wanita. Antara produk terhangat di bawah jenama ini ialah Jus Goyang Rapat dan Pencuci Goyang Segar.

 

3
like
love
haha
wow
sad
angry

Komen Anda

Previous articlePelik! Mendiang Jeong Da Bin Dinikahkan Secara Ghaib
Next articleSuntikan Motivasi Dalam Single Kedua Dari Nastia ‘Untuk Kamu’
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.