Berita gembira datangnya dari aktries popular di Indonesia Nikita Mirzani. Terkenal dengan penampilannya yang seksi dan terbuka, kali ini dia memilih untuk berhijrah dan menutup auratnya.

Hal tersebut diketahui pertama kali ketika dirinya menjadi jemputan di sebuah program di stesyen television swasta di Indonesia, Rabu (11/7/2018). Dalam tayangan program tersebut, nampaknya dia sudah muncul dengan mengenakan hijab.

Sebenarnya Nikita sudah mengaku bahawa dirinya sudah mengenakan hijab sejak Selasa yang lalu.

Nikita memberitahu bahawa pihak keluarga mengaku gembira dengan perubahan dirinya saat ini. Bahkan kedua buah hatinya juga ia akui bersyukur dengan perubahannya. Namun dia menegaskan bahwa perubahannya bukanlah kerana dorongan dari suami.

Ia menjelaskan bahwa seorang ustadz yang dikenali sebagai Maulana menjadi salah seorang yang tahu saat pertama kali mengenai hasratnya untuk berhijrah. Malah dia sempat meminta ustadz Maulana hadir ke kediamannya dan menunaikan solat sujud syukur.

Tolak Tawaran Majalah Playboy


Jika diimbas kembali sejarah pembabitan beliau dalam dunia hiburan, Nikita Mirzani pernah menerima tawaran foto untuk majalah playboy di Filipina. Namun terpaksa melupakan tawaran itu kerana dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki yang juga suaminya sekarang yang bernama Dipo Latief.

Sumber IDN TImes