Cik B yang dulu bukanlah yang sekarang. Jika dulu dikecam sekarang dipuji! Manakan tidak, semalam ibunya iaitu Datuk Seri Vida telah membuat kejutan untuk anak tersayangnya itu dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah berjenama Mercedez Benz.

Miliki Kereta Berharga Setengah Juta Pada Usia 13 Tahun

Cik B begitu bertuah kerana pada usianya yang baru mencecah 13 tahun, dia sudah memiliki sebuah kereta mewah berharga lebih dari setengah juta. Beberapa perkongsian telah dibuat DSV yang menunjukkan Cik B mencuba kereta barunya itu.

Terdahulu, Cik B telah berhasrat untuk memiliki kereta jenama Mustang sempena dengan hari lahirnya, namun ibunya memilih untuk menghadiahkannya Mercedez Benz terlebih dahulu.

Sebab DSV Beri Hadiah Kereta Mewah

Melihatkan pada video tersebut, ternyata pelbagai kecaman yang diterima terus ‘dilemparkan’ oleh netizen. Ada yang menganggap DSV terlalu manjakan anak-anaknya sehingga sanggup menunaikan apa sahaja permintaan mereka.

Baiklah, ketepikan seketika perspektif anda, pada kami jika dilihat pada satu sudut yang lain itu adalah cara bagi DSV mengubati kerinduan anak-anaknya yang telah meninggal dunia.

DSV sebelum ini mempunyai empat orang cahaya mata namun begitu dua anak lelakinya meninggal dunia akibat nahas kebakaran di rumah mereka. Mungkin ini adalah cara DSV sendiri, siapalah kita untuk menghukumi kasih ibu bukan?

BACA  Wahh Dah Putih! Anak Dato' Seri Vida, Cik B Dah Pandai Bersolek
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Pergaduhan Ifa Raziah Dan Sheeda Hanya Gimik Semata-Mata!
Artikel Seterusnya[VIDEO] Faiz Roslan Menari Di Kelab Malam Undang Kontroversi!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress