Baru sahaja nak reda kontroversi terdahulu, kini selebriti media sosial yang dikenali sebagai Faiz Roslan sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi baru yang didedahkan sendiri oleh netizen.

Ligat Menari Di Kelab Malam

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Faiz dan rakan-rakannya dilihat sedang ligat menari di sebuah kelab malam. Melihatkan pada aksi-aksinya itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan turut kasihan mengenangkan ibu bapa kepada Faiz. Terdahulu, Faiz telah mencetuskan beberapa kontroversi antaranya termasuklah isu tidak menghormati bulan ramadan yang lalu.

Bukan Kali Pertama Ke Kelab Malam

Lumrah remaja untuk mencuba pelbagai benda namun aktiviti seperti ini ternyata mengundang perspektif negatif masyarakat apatah dia begitu dikenali di media sosial. Menerusi pelbagai komen netizen, ada yang mendakwa ini bukanlah kali pertama Faiz di kelab malam kerana menurut netizen tersebut, Faiz sudah beberapa kali dilihat berada di kelab malam bersama rakan-rakannya. Pesan kami, yang positif kita ambil sebagai pengajaran, yang negatif kita jadikan sebagai sempadan.

BACA  Diugut? Faiz Roslan Mohon Maaf Selepas Ditegur Sharnaaz Ahmad
1
like
love
haha
wow
sad
1
angry

Komen Anda

Previous articleCik B Dapat Hadiah Kereta Mewah! Ini Adalah Sebabnya
Next articleTahniah! Adam Corrie Timang Cahaya Mata Lelaki
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress